Arahan

Selamat Datang ke Jejak Bejing. Blog ini dilancarkan pada tahun lepas, sekiranya terdapat pembaharuan pada setiap post atau terdapat post baru, semua akan dipos dengan tarikh lepas agar blog ini tidak kucar kacir. Sila klik pada 'older post' atau pada pautan di sebelah kanan bagi memudahkan segalanya. Jika terdapat sebarang soalan/komen, sila email kepada beiwaikita@gmail.com. Terima kasih.

*Sila emel FB masing-masing untuk admin add masuk ke dalam FBGroup Batch 2012

Sunday, June 12, 2011

Pengangkutan

Apabila bercakap mengenai pengangkutan, Beijing merupakan salah satu bandaraya yang mempunyai pengangkutan awam yang boleh dikira agak baik, bagi memudahkan perjalanan seharian. Berikut merupakan pengangkutan yang kami gunakan saban hari.

1. Bas (公共汽车)
tunai ; bas berhawa dingin 2元 (RM1) , tanpa hawa dingin 1元 (50sen)
                                   
kad ; bas berhawa dingin 8毛 (40sen) , tanpa hawa dingin 4毛 (20sen)





2. Subway (地铁) : 2元(RM1) ke mana-mana destinasi yang dituju.

Peta Subway Beijing

3. Teksi (出租车) : 10元(RM5)bagi 3km pertama. Dan adalah perlu untuk menambah 2/3 元 jika pemandu minta atas sebab akta yang dikenakan oleh kerajaan China berkenanan dengan minyak.




4.  Basikal dan basikal eletrik (mempunyai pedal) dibenarkan, manakala motor eletrik dan minyak tidak dibenarkan sama sekali. Masalah motor eletrik/minyak sangat diutarakan di sana kerana kerap sekali berlakunya kemalangan malah ada yang meragut nyawa (berlaku pada 2012 pelajar Korea BFSU). Jadi, amat diminta kepada pelajar yang sudah di sana atau akan datang, elakkan daripada menggunakan yang dinyatakan.


Tidak dibenarkan

Dibenarkan


Berbalik kepada umum. Pengangkutan awam di Beijing sangat mudah diakses dengan harga yang lebih murah.Tambang lebih murah jika menggunakan kad pengangkutan awam.



Peta Bandaraya Beijing (Bulatan merah itulah BFSU dan BLCU)

                                                            Contoh kad pengangkutan awam

BFSU terletak kira-kira:
50 minit dari lapangan terbang. Boleh diakses dengan teksi (100元),bas (16元) ataupun subway (25元).

40 minit dari Kedutaan Besar Malaysia di China.

Embassy of Malaysia
No.2 Liang Ma Qiao Beijie,
Beijing, 100600
People`s Republic of China.
0086-65322531


Akses hospital
Khidmat kesihatan di Beijing amat berlainan dengan kita di Malaysia, layanan yang diberi kepada pesakit tidak seperti yang kita harapkan.
Di BFSU, pelajar akan diberikan kad kesihatan, jika ada masalah boleh ke klinik hospital beiwai(BFSU) dan bawa bersama2 kad kesihatan tersebut. Kad kesihatan tersebut tidak terikat dengan insurans atau lain2,ianya hanya digunakan untuk mendapat diskaun semasa menerima khidmat kesihatan di klinik tersebut.
(Maaf untuk pelajar di BLCU, kami tidak arif tentang klinik kesihatan di universiti tersebut, insyaALLAH akan diusahakan sekembalinya kami ke Beijing)
Selain itu, jika mengalami masalah kesihatan yang agak serius yang perlukan rawatan di hospital, pelajar-pelajar perlulah memastikan jenis penyakit, barulah tuju ke department-department yang berkaitan.Sebagai contoh, sakit dalaman (jantung,paru2,hati, perut,) pergi ke department dalaman, sakit luaran (luka2, kudis2, gatal2, alergi, ruam dll) pergi ke department sakit luaran, cedera tulang ke bahagian ortopedik, sakit mata ke department mata dan lain2.


Berkaitan insurans pelajar
Oleh kerana polisi insurans di China berbeza dengan di Malaysia, insurans pelajar hanya boleh digunakan jika menghadapi kemalangan yang serius yang memerlukan bayaran yang sangat mahal. Jika kecederaan atau masalah kesihatan yang tidak serius dan tidak dibolehkan untuk claim duit insurans, pelajar perlu menggunakan duit sendiri, dan bayaran khidmat kesihatan di Beijing ini tidaklah murah, standard bayaran hospital swasta jika di Malaysia. Jadi untuk mengelakkan daripada sakit atau cedera, sentiasalah berwaspada dengan keselamatan dan penjagaan makanan serta mengamalkan gaya hidup yang sihat.
*PREVENT IS BETTER THAN CURE

Hospital Haidian (hospital yang paling dekat)
Akses
 Subway: line 4, pintu masuk D stesyen subway weigongcun à pintu keluar A1 stesyen subway haidianhuangzhuang
Bas :  658/353/967/te 8 dari weigongqiao à sanyimiao 355/365àzhongguancunnan