Arahan

Selamat Datang ke Jejak Bejing. Blog ini dilancarkan pada tahun lepas, sekiranya terdapat pembaharuan pada setiap post atau terdapat post baru, semua akan dipos dengan tarikh lepas agar blog ini tidak kucar kacir. Sila klik pada 'older post' atau pada pautan di sebelah kanan bagi memudahkan segalanya. Jika terdapat sebarang soalan/komen, sila email kepada beiwaikita@gmail.com. Terima kasih.

*Sila emel FB masing-masing untuk admin add masuk ke dalam FBGroup Batch 2012

Sunday, June 12, 2011

Pakaian

China, sebagaimana yang kita pernah dengar, merupakan negara 4 musim sama seperti negara-negara lain kecuali negara khatulistiwa. Beijing juga dipengaruhi 4 musim secara ketara jika mahu dibandingkan dengan bandar-bandar di selatan. 

1. Musim Sejuk (winter) : December- Februari
2. Musim Bunga (spring) : Mac-Mei
3. Musim Panas (summer) : Jun - Oktober
4.Musim Luruh (autumn) : November

Apabila bercerita tentang musim, musim sejuk pasti mendapat perhatian kita, penduduk negara beriklim tropika. 
Apa yang sangat diperlukan semasa musim sejuk datang menyapa kita ialah : 


1. Long John




2. Winter Coat/Jacket



3. Winter mask/ear muff/scarf/snowcaps/ gloves












4. Winter boots/knit socks






Musim sejuk, semua nampak tebal, semua nampak montel namun itu adalah untuk keselesaan kita menempuh musim yang mencecah hingga -14 darjah celcius. Jadi, sila pentingkan keselesaan dan kesihatan berbanding fesyen, kerana jika mahu berfesyen dengan hanya memakai trenchcoat semasa musim sejuk amat mengundang kesusahan.

Berlalu musim sejuk, datang pula musim bunga, yang mana ketika ini suhu dan cuaca tidak menentu pada awal musim. Musim bunga datangnya hujan dan angin yang mana kita amat memerlukan pakaian dan keperluan seperti berikut.


1. Windbreaker/raincoat/trench coat

 2. Payung

Apabila musim panas mula menyisip datang, sinar mentari yang memancar disertakan haba yang tinggi sehingga mencecah 40 darjah celcius, kita tahu apa yang kita perlu pakai sebagaimana di Malaysia, begitulah di China. Namun harus ingat yang beragama Islam, jagalah aurat, muslim elakkan berseluar pendek sehingga ke atas lutut, muslimah jangan pula tiba di Beijing, tudung rambut dibuka, baju dipendek, dan sebagainya.

Beralih pula kepada musim luruh. Jika sesiapa pernah ke Cameron Highland, mahupun Kundasang mesti pernah merasa kesejukan dan angin di sana. Sama juga di sini pada musim luruh, begitulah yang akan dialami. Antara yang diperlukan sama seperti semasa musim bunga cuma mungkin boleh beralih kepada jaket atau sweater.






Maka itu sahaja yang diperlukan, jika ada lagi, boleh diajukan soalan kepada kami. Dan, segala jenis pakaian ini disarankan agar dibeli di sana kerana di Malaysia agak mahal namun jangan pula tak bawa pakaian langsung. Sediakan jaket/sweater kerana September nanti agak berangin.