Arahan

Selamat Datang ke Jejak Bejing. Blog ini dilancarkan pada tahun lepas, sekiranya terdapat pembaharuan pada setiap post atau terdapat post baru, semua akan dipos dengan tarikh lepas agar blog ini tidak kucar kacir. Sila klik pada 'older post' atau pada pautan di sebelah kanan bagi memudahkan segalanya. Jika terdapat sebarang soalan/komen, sila email kepada beiwaikita@gmail.com. Terima kasih.

*Sila emel FB masing-masing untuk admin add masuk ke dalam FBGroup Batch 2012

Sunday, July 31, 2011

Tiket

Memandangkan setiap tahun 2 kali cuti, sekali 2 bulan, maka ramai pelajar memilih untuk pulang ke Malaysia, malah ada juga yang mengambil peluang untuk melancong ke negara lain.

Negara manakah? Ada yang pernah ke Ireland, UK, Russia, Turki, Mesir. Itu cerita negara yang jauh, mengenai negara jiran pula, ada yang ke Korea Selatan, Jepun dan juga Taiwan.

Yang pulang ke Malaysia juga tidak melepaskan peluang untuk melancong di tanah air sendiri. Antara lokasi yang sering dilawati, Pulau Langkawi, Pulau Perhentian, Kota Kinabalu, Gambang Waterpark dan sebagainya.

Apa di China tidak punya tempat menarik ke? Tentulah ada, terlalu banyak untuk diperkatakan. Antaranya ialah Hong Kong, Macau, Shanghai, Suzhou/Hangzhou, Xi'an dan juga kawasan ramainya muslim yakni di Ningxia, Lanzhou dan Xinjiang.

Cara beli tiket amat mudah. Sama ada menggunakan kad kredit (Malaysia) atau kad debit China atau secara Cash Deposit.

Jika pembelian dilakukan secara online maka terdapat beberapa laman web seperti :


  1. Penerbangan murah ke Malaysia
  2. Laman web tiket penerbangan dan hotel





No comments:

Post a Comment