Arahan

Selamat Datang ke Jejak Bejing. Blog ini dilancarkan pada tahun lepas, sekiranya terdapat pembaharuan pada setiap post atau terdapat post baru, semua akan dipos dengan tarikh lepas agar blog ini tidak kucar kacir. Sila klik pada 'older post' atau pada pautan di sebelah kanan bagi memudahkan segalanya. Jika terdapat sebarang soalan/komen, sila email kepada beiwaikita@gmail.com. Terima kasih.

*Sila emel FB masing-masing untuk admin add masuk ke dalam FBGroup Batch 2012

Monday, August 1, 2011

Kesihatan


Sektor Kesihatan
Kepentingan Losyen dan pelembap mulut
Peratusan kelembapan di Beijing kurang daripada 10%, tidak sama dengan Malaysia di mana peratusan kelembapan adalah 93%. Daripada statistik ini, kita dapat tahu punca kepada beberapa masalah biasa yang akan dihadapi oleh pelajar-pelajar luar negara, terutamanya pelajar Malaysia.
“eish, x pernah aku guna losyen ni”
“buatpe nak pakai losyen, budak2 pompuan je pakai”
Ini adalah contoh2 dialog budak2 lelaki yang belum tahu kepentingan menyapu losyen dalam peratusan kelembapan di Beijing yang sangat rendah. Untuk mengelakkan kekeringan kulit, gatal2, dan pelbagai symptom yang lain, selalulah sapu losyen, lebih afdal lepas mandi di mana kulit badan dalam keadaan yang lembap dan bersedia untuk menyerap vitamin2 dari losyen.
Begitu juga dengan pelembap mulut, kekeringan udara di sana akan menjadikan mulut kita kering dan akhirnya akan menyebabkan ulcer mulut atau bibir. Jadi,rajin2lah guna pelembap mulut.
Di samping itu, ingin saya mengambil kesempatan di sini untuk mengingatkan kepentingan pemakaian pada musim-musim di Beijing terutamanya musim sejuk. Pada musim sejuk, pelajar2 dinasihatkan untuk memakai pakaian yang tebal, seperti longjohn sebagai pakaian dalam,winter coat untuk coat luaran, jangan lupa untuk sentiasa memakai sarung tangan yang tebal dan kasut yang bersesuaian. Kulit kita yang paling sensitive adalah di bahagian tangan dan kaki. Menjadi kebiasaan juga untuk memakai mafla bagi menghalang udara sejuk memasuki dari bahagian leher.
Secara keseluruhannya, janganlah kita memandang ringan tentang aspek kesihatan .

Berkaitan ubat-ubatan di Beijing
Untuk pengetahuan semua, negara China membahagikan ubat-ubatan kepada dua bahagian iaitu ubat konvensional dan ubat herba (Zhongyao). Bagi kita rakyat Malaysia yang tidak pernah menggunakan ubat2 herba, badan kita akan memberikan respon yang berbeza, ada yang boleh terima dan ada yang reject terus ubat itu seperti sakit2 perut, gatal2 dan lain2.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membawa ubat2 daripada Malaysia seperti panadol, ubat batok, ubat demam, ubat selesema,minyak gamat,minyak angin dan lain2

No comments:

Post a Comment