Arahan

Selamat Datang ke Jejak Bejing. Blog ini dilancarkan pada tahun lepas, sekiranya terdapat pembaharuan pada setiap post atau terdapat post baru, semua akan dipos dengan tarikh lepas agar blog ini tidak kucar kacir. Sila klik pada 'older post' atau pada pautan di sebelah kanan bagi memudahkan segalanya. Jika terdapat sebarang soalan/komen, sila email kepada beiwaikita@gmail.com. Terima kasih.

*Sila emel FB masing-masing untuk admin add masuk ke dalam FBGroup Batch 2012

Friday, June 1, 2012

Selamat Datang



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat datang ke blog ini.


Kenapa anda ke blog ini?
a.Kerana saya ditawarkan ke Beijing untuk menyambung pelajaran.
b.Kerana saudara/kawan saya ditawarkan ke Beijing.
c.Kerana saya ingin melancong ke Beijing, boleh melawat pelajar di Beijing.
d.Kerana saya terjumpa blog ini dan saja-saja nak baca.


Tidak kira kenapa anda di pautan blog ini, blog ini adalah salah satu panduan bagi yang mempunyai sebab di atas. Mudah bukan? :)

Blog ini dibina bagi memudahkan pelajar-pelajar yang akan belajar di Beijing, terutamanya di Beijing Foreign Studies University (BFSU) dan Beijing Language and Culture University (BLCU) dan lain-lain (jika ada).


Kami akan cuba sedaya upaya menyediakan rujukan dan panduan bagi memudahkan urusan sebelum dan selepas terbang ke kota Beijing ini. ^^

Sila lihat 'older post' untuk info yang boleh membantu anda.


Jika terdapat sebarang soalan atau komen, sila emel kepada beiwaikita@gmail.com


Moga segala urusan dipermudah.


Sekian, terima kasih dan selamat datang. 

Thursday, May 31, 2012

Persiapan

Apa yang perlu dibawa? Ayuh kita kategorikan.
  1. Makanan
    •  Kicap Manis
    • Sos cili
    • Tepung serbaguna (tepung ayam dll)
    • Rempah ratus/serbuk kunyit, kurma, kari/paste tomyam
    • Sardin/tuna
    •  Serunding
  2. Pakaian Lelaki
    • Pakaian Formal (Kemeja putih, Tali leher,Kot, Seluar slack, Kasut kulit hitam)
    • Baju Batik
    • Baju melayu lengkap bersongkok
    • Baju kurung
    • Pakaian sukan
    • Pakaian solat (Kain pelikat, jubah putih, kopiah)
    • Kemeja kasual
    • Sweater
  3. Pakaian Perempuan
    • Pakaian Formal (Baju kurung putih hitam, Tudung, Kasut kulit hitam)
    • Baju kurung batik
    • Pakaian sukan
    • Pakaian solat (Telekung, stokin, sarung lengan)
    • Blouse kasual
    • Sweater
  4. Ubatan
    • Ubat preskripsi (ubat sendiri)
    • Panadol actifast, soluble, extend
    • Yoko-yoko
    • Chee kit tek aun
    • Minyak gamat/minyak angin/krim alergic
    • Bandage
  5. Elektronik
    • Universal adapter
    • Kamus eletronik : BESTA (Mandarin + English + Bahasa Melayu)
    • Komputer riba (pastikan font mandarin ditambah)
  6. Lain-lain
    • Kamus Bahasa Melayu, English, Mandarin
Kami sertakan 'travel checklist' sebagai rujukan ketika mengemas. Selamat datang ke Beijing. ^^

Bagi Muslim, jangan lupa bawa Al-Quran terjemahan.