Arahan

Selamat Datang ke Jejak Bejing. Blog ini dilancarkan pada tahun lepas, sekiranya terdapat pembaharuan pada setiap post atau terdapat post baru, semua akan dipos dengan tarikh lepas agar blog ini tidak kucar kacir. Sila klik pada 'older post' atau pada pautan di sebelah kanan bagi memudahkan segalanya. Jika terdapat sebarang soalan/komen, sila email kepada beiwaikita@gmail.com. Terima kasih.

*Sila emel FB masing-masing untuk admin add masuk ke dalam FBGroup Batch 2012

Wednesday, August 3, 2011

Beijing Foreign Studies University


Ayuh ketahui tempat yang akan menjadi rumah kedua selama 5 tahun nanti, iaitu untuk yang akan ke BFSU. ^^


Beijing Foreign Studies University (Chinese北京外国语大学pinyinBěijīng Wàiguóyǔ Dàxué) merupakan salah satu universiti yang mempunyai fakulti bahasa Mandarin dan fakulti bahasa lain.


Singkatan bagi 北京外国语大学(Běijīng Wàiguóyǔ Dàxué) ialah 北外 (Běiwài), manakala Beijing Foreign Studies university pula ialah BFSU. Namun kami yang sudah belajar Mandarin, suka untuk menyebut 北外 (Běiwài).


Universiti ini dirasmikan pada 1941 dan sehingga sekarang telah mempunyai hingga 54 fakulti termasuklah fakulti Bahasa Melayu, fakulti Bahasa Arab dan semestinya fakulti Bahasa Mandarin, juga terdapat fakulti undang-undang dan bisnes.


BFSU ini dipisahkan kepada Kampus Timur dan Kampus Barat, yang mana pada keduanya terdapat asrama, fakulti, kantin, dan lain-lain. Kebanyakan pelajar luar negara termasuk pelajar Malaysia berada di asrama di Kampus Barat, Manakala fakulti Bahasa Mandarin berada di Kampus Timur.


Di sana terdapat padang bola sepak, balapan, gelanggang bola keranjang, gimnasium, gelanggang badminton dan sebagainya yang menjadi fasiliti sukan yang mudah untuk pelajar.


BFSU, di hadapan kampus barat dan kampus timur terdapat stesen bas, manakala tidak jauh dari kampus timur terdapat stesen 'subway'


Restoran halal juga senang dilihat, malah di dalam kampus timur juga terdapat kantin halal oleh universiti.


Pihak BFSU juga menandatangani kontrak yang menyatakan bahawa mereka akan bawa pelajar Malaysia untuk melancong sambil belajar. Kami, sudah ke beberapa tempat seperti Shanghai, Xi'an, Tianjin dan sebagainya. 


Ini sedikit sebanyak pengenalan, jika terdapat persoalan, jangan malu jangan segan, kami sedia membantu. 

No comments:

Post a Comment