Semestinya Bahasa Mandarin (汉语、普通话)! Kami belajar 'Simplified Chinese'
1 tahun kami diberi didikan asas iaitu 'Chinese Comprehensive', 'Chinese Character', 'Reading', dan juga 'Listening and speaking'.
Apabila ditanya susah atau tidak, kami punya jawapan semestinya, selagi usaha kita ikhlas, segalanya menjadi mudah, kesusahan pasti akan dihadapi namun dengan bantuan pensyarah, senior dan kawan-kawan, segalanya menjadi sesuatu yang menghiburkan.
Bagi yang sudah dapat tawaran ke sana untuk melanjutkan pelajaran, anda boleh mula berjinak dengan bahasa dunia ini. Bagaimana?
Tidak kenal maka tidak cinta. Jadi ayuh berkenalan dengan bahasa Mandarin melalui Wikipedia. Ketahui sejarah bahasa tamadun cina ini agar anda mampu untuk memahami dengan jelas apa yang berlaku dengan bahasa ini. Dinyatakan sekali juga laman web yang berguna untuk pelajaran sendiri. Pautan adalah seperti di bawah :
- http://en.wikipedia.org/wiki/Chinese_language
- http://en.wikipedia.org/wiki/Simplified_Chinese_characters
- http://en.wikipedia.org/wiki/Stroke_order
- http://www.clearchinese.com/chinese-writing/strokes.htm
- http://en.wikipedia.org/wiki/Languages_of_China
Pada laman web Youtube, anda juga boleh mendapat input yang berguna mengenai Mandarin. Anda juga boleh cari filem, muzik, dan drama Mandarin. ^^
No comments:
Post a Comment