Arahan

Selamat Datang ke Jejak Bejing. Blog ini dilancarkan pada tahun lepas, sekiranya terdapat pembaharuan pada setiap post atau terdapat post baru, semua akan dipos dengan tarikh lepas agar blog ini tidak kucar kacir. Sila klik pada 'older post' atau pada pautan di sebelah kanan bagi memudahkan segalanya. Jika terdapat sebarang soalan/komen, sila email kepada beiwaikita@gmail.com. Terima kasih.

*Sila emel FB masing-masing untuk admin add masuk ke dalam FBGroup Batch 2012

Monday, August 1, 2011

Bank dan Duit

Matawang China : Renminbi (RMB, 人民币), Yuan (元)





Bercerita mengenai biasiswa kita di sana, pelajar KPM akan dibekalkan biasiswa pada setiap semester manakala MARA pada setiap bulan.

Biasiswa yang dihantar adalah dalam bentuk US Dollar yang dihantar dari Malaysia ke USA kemudian ke China.



Apa yang perlu dilakukan sekiranya biasiswa telah sampai adalah kita perlu ke bank untuk sahkan duit yang dihantar dan penukaran duit daripada USD ke RMB perlu dilaksanakan.

Terdapat sesetengah pelajar yang sentiasa menghantar semula sebahagian wang tersebut untuk simpanan, selalunya mak ayah akan menyimpannya atau dihantar masuk ke dalam bank sendiri.

Bank pula, kami akan bawa anda di sana untuk membuka akaun bank di bank yang selama ini kami urusniaga bersama.

Di Malaysia pula, disarankan para pelajar untuk membuka akaun bank yang mempunyai khidmat antarabangsa dan juga khidmat internet seperti Maybank (MayBank2u), CIMB (CIMBClicks), dan sebagainya.



Penghantaran wang ke Malaysia pula memerlukan nama penuh, alamat, no telefon, email pemilik akaun dan juga nama, Swift Code dan alamat bank buka akaun.

Bank yang kami gunakan merupakan China Construction Bank dan Bank of China.







Setelah berada di sana, pelajar diminta untuk membuat kira-kira sebaiknya agar wang yang diperuntukkan tidak dibazirkan begitu sahaja.


No comments:

Post a Comment